Saturday, January 10, 2009

Pantun

Kelmarin, (08.01.09), Cikgu Manaf memainkan beberapa lagu lama yang berisikan pantun-pantun.. Dia juga menyuruh kami menyalin pantun-pantun yang terdapat di dalam lagu tersebut.

Irama: Ghazal
Lagu: Seri siatan

Pantun pertama:

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan.
Biarpun jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Yang kedua:

Kalau tidak selendang Bali,
Serindit maka kelapa muda.
Kalau tidak kanang sekali,
Kenang sedikit ada lagunya.

Justeru, Cikgu memberitahu kami tentang pantun-pantun lain seperti pantun nasihat, pantun jenaka dan banyak lagi. Dia juga memberitahu kami akan kelainan pantun dan sajak.
Antara kelainannya adalah bahawa pantun ada sekurang-kurangnya empat kerat bersama dua kerat pertama sebagai pembayangnya tetapi sajak tidak mempunyai pembayang.

Sebelum kelas tamat dan saya harus bergegas ke pengakap saya, cikgu menyuruh kita memcari empat pantun yang berlainan genre dan memaparkannya di dalam blog kami.. Haha
Tersebut adalah pantun-pantunnya..

Pantun jenaka:

Belayar perahu dari Berandan,
Menuju arah Selat Melaka,
Lebar kepala dari badan,
Apakah itu cubalah teka.

ikan pari

Pantun nasihat:

Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Pantun adat:

Rama-rama si kumbang janti
Hatib indah pulang berkuda
Patah tumbuh hilang berganti
Pusaka tinggal begitu juga

Pantun peribahasa:

Kerat kerat kayu diladang
Hendak dibuat hulu cangkul
Berapa berat mata memandang
Barat lagi bahu memikul

No comments:

Post a Comment