Tuesday, January 27, 2009

Pada hari Khamis yang lalu, Cikgu Sazali mengambil kelas kami buat hari tersebut kerana Cikgu Manaf ada hal yang lain. Pada awal kelad, Cikgu Sazali memberitahu kami akan definasi sastera dan pentingnya kami memahami sastera itu sebelum mempelajarinya dengan lebih mendalam lagi.

Kesusasteraan ini bermakna ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.
Perkataan "kesusasteraan" berasal dari bahasa Sanskrit
Ia berasal dari cantuman dua perkataan Sanskrit, "su" dan "sastra".
Apitan "ke....an" untuk bentuk kata nama~
Su = baik, indah, cantik, berguna~
Sastra = karya (lisan/bertulis) atau buku~
Susastra = karya (lisan/bertulis) yang indah dan berguna~
Kesusasteraan = semua bentuk karya bernilai seni dan berguna

Fungsi Kesusasteraan-Kepada khayalak ramai
menyampaikan pengajaran
menyampaikan pendidikan
menberikan hiburan

-Kepada Pengarang
mendapat kepuasa
menajamkan pemikiran
berbakti kepada masyarakat
menyara kehidupan

Terdapat juga beberapa ciri-ciri kesusasteraan:
Sastera lisan
Sastera tulisan
Karya kreatif
Karya bukan kreatif
Unsur-unsur estetika

No comments:

Post a Comment