Monday, April 12, 2010

Lorong Engku Aman

3) Apakah tema sajak "Lorong Engku Aman"

Sajak Lorong Engku Aman ditulis oleh Mansuri S.N. Sajak ini bertemakan perubahan kepada sesuatu tempat dan masyarakat ke arah pemodenan dan pembahawan semasa berbanding dahulu.

b) Terangkan perubahan yang berlaku pada Lorong Engku Aman.

Di dalam sajak ini, terdapat beberapa perubahan ketara yang berlaku. Perubahan ini merupakan perubahan cara kita hidup pada masa kini. Ini termasuk bangunan-bangunan tinggi yang telah dibina, orang-orang yang tidak lagi menternak haiwan, keluarga-keluarga yang semakin kecil, tetangga yang jarang bersapa lagi dan adat budaya kita yang mula pudar.

c) Huraikan perkara-perkara yang menjadikan keprihatinan penyajak semenjakm kau menerima kemajuan.

Semenjak 'Kau menerima kemajuan', banyak perkara yang te;ah berlaku yang mendapat perhatian daripada penyajak. Antara perubahan yang berlaku adalah perubahan pada teknologi dan juga perubahan masyarakat sosial.

Penyajak amat prijatin tentang bangunan-bangunan pangsa ataupun pencakar langit yang telah didirikan di Lorong Engku Aman. Terdapat bukti pada rangkap 1 baris 3-4,
" Zaman-zaman mula segar
perumahan yang tinggi mencakar"
Baris-baris ini menunjukkan keprihatinan penulis terhadap bangunan-bangunan tinggi yang dibina di lorong tersebut.

Penyajak juga memperlihatkan trend keluarga kini yang semakin kecil. Hal ini mengetengahkan polisi kerajaan lalu dimana 'dua sudah cukup' yang telah mengecilkan saiz keluarga-keluarga pada zaman sekarang. Bukti ada pada rangka 2, baris 3-4,
"Anak rangcangan keluarga
Dua cukup sempurna"
Bukti ini menunjukkan keprihatinan yang diketengahkan oleh penyajak.

Penyajak juga menyentuh soal masyarakat kini yang terlalu sibuk dengan urusan dan kerjaya mereka sehingga tidak bertanya sapa dengan tetangga masing-masing. Penyajak cukup prihatin dengan hal ini kerana jika hal ini berterusan, adat bergotong-royong dan kejiranan akan hilang dalam masyarakat kita. Bukti ada pada rangkap 3,
" Bicara tak bersuara
Bertemu cukup angguk
Semua dinamis semua sibuk
Urusan ya urusan negara"

Bukti ini menunjukan keprihatinan masyarakat kini yang lebih mementingkan urusan mereka sehingga tidak bersapa dengan jiran tetangga mereka sendiri.

Akhirnya, penyajak amat prihatin dengan adat dan budaya yang semakin pudar akibat pemodenan dan kemajuan dunia sekarang di mana budaya dan adat lama dikatakan tiada tempat di dunia ini lagi. Penyajak agak prihatin kerana adat dan budaya memang penting untuk menonjolkan keunikan sesebuah masyarakat. Hal ini terdapat di rangkap 4,
"Hidup jadi padat
Buang yang mengikut
Adat yang menjerat
di sini tak mendapat tempat"

Bukti ini menunjukkkan budaya kini yang semakin pudar dan tidak lagi penting dalam dunia sekarang.

Natijahnya, penyajak memang prihatin dengan perkara-perkara yang telah berubah. Daripada sajak ini, terdapat banyak keresahan dan kebimbingan dari penyajak.

Tuesday, March 23, 2010

Salam sejahtera semua. Hari ini, saya akan membentangkan tugasan sastera saya di dalam blog saya. Tugasan inin merupakan jawapan daripada bahagian B analisis sastera kertas 2 O level 2009.

a) Huraikan watak Jamal sebagai seorang ayah sepertimana yang dipaparkan dalam petikan cerpen ini.

Cerpen ini merupakan etikan daripada cerpen 'Orkidnya Sudah Menjadi' oleh Khadijah Hashim. Jamal merupakan ayah kepada Adli dan Aliza. Sebagai seornag bapa, dia merupakan seorang yang bengis. Ini boleh dilihat dimana Jamal menengking anak-anaknya apabila diberi buku penyata kemajuan mereka. Bukti boleh dilihat pada perenggan dua, baris satu dan dua,"Banyak yang merah. Tak lulus Bahasa Melayu? Apa nak jadi ni? Bodoh. Banyak main saja?" tengking Jamal dengan lantang". Bukti ini menunjukkan kebengisan Jamal sehingga sanggup menengking anaknya sendiri.

Jamal juga seorang yang panas baran. Dia cepat naik berang. Ini boleh dilihat dimana dia cepat memarahi anak-anaknya tnapa mengusul periksa hal yang sebenarnya. Bukti ada pada perenggan lima,"Ini pun satu. Banyak merah. Tak lulus. Kira-kira tak lulus," sergah si ayah. Ini menunjukkan bahawa Jamal cepat sekap jarang dan memarahi anak-anaknya. Sikap begini tidak bagus kerana anak-anaknya akan rasa tertekan dan takut kepada bapa mereka.

Ketiga, Jamal seorang bapa ang tidak bertanggungjawab. Ini kerana dia tidak memberi perhatian kepada pelajaran anak-anaknya. Ini juga didapati dimana dia memarahi anak-anaknya dan lebih mementingkan bunga orkidnya. Bukti ada pada perenggan 23,"Tapi... anak-anak kita tak ada yang menjadi Asiah..!" Bukti ini menunjukkan bahawa Jamal telah mengabai pelajaran anak-anaknya sehingga mereka gagal dalam peperiksaan mereka.

Akhirnya, Jamal seorang yang prihatin. Walaupun dia telah mengabaikan pelajaran anak-anaknya, dia tetap prihatin akan keputusan sekolah anak-anaknya hinggas rasa kecewa dan bimbang. Bukti ada pada perenggan 23,"sambungnya tertahan-tahan menahan perasaan hampa dan kecewanya. Kemudian berlalu dari situ." Bukti ini menunjukkan sikap prihatin Jamal anak-anaknya.

Secara rumusan, Jamal seorang bapa yang bengis, panas baran dan prihatin tetapi tidak bertanggungjawab. Dengan sikap begini, ia mengakibatkan anak-anaknya takut kepadanya.

b)Jelaskan perasaan Asiah terhadap orkid yang ditanamnya dan cara dia melayani tanamannya itu.

Asiah berasa bangga, riang dan gembira terhadap orkid yang ditanamnya. Ini kerana orkid-orkidnya telah menjadi dan ia kelihatan cantik. Akibat ini, dia melayani bunga-bunganya seperti anaknya sendiri dengan mengurut-urut kuntum bunganya. Bukti ada pada perenggan 16, "kata Asiah mengurut- urut kuntum bunga yang baru menjulur itu bagaikan mengurut kepala anak kecilnya sahaja." Bukti ini menunjukkan bahawa Asiah menganggap bunga-bunganya sebagai anak-anaknya sendiri.

c) "Tapi... anak-anak kita tak ada yang menjadi Asiah ...!" Jelaskan perkara yang menyebabkan Jamal melafazkan ungkapan tersebut.

Sebelum Jamal melafazkan ungkapan tersebut, dia mendapati bahawa kedua-kedua anak-anaknya telah gagal dalam peperiksaan. Ini membuatnya marah dan menengking anak-anaknya. Ini kerana dia seornag yang panas baran. Bukti ada pada perenggan dua," Banyak yang merah. Tak lulus bahasa Melayu? Apa nak jadi ni? Bodoh. Banyak main saja?"tengking Jamal dengan lantang." Bukti ini menujukkan bahawa Jamal begitu marah atas kegagalan anak-anaknya dalam peperiksaan mereka.

Setelah itu, Jamal mula berasa hampa dan kesal akan keputusan anaknya. Ini kerana walaupun dia tidak bertanggungjawab, dia tetap prihatin. Bukti ada pada perenggan 23," sambungnya tertahan-tahan menahan perasaan hampa dan kecewanya" Bukti ini menunjukkan bahawa dia berasa hampa dan kesal.

Isterinya pula seperti tidak memberi perhatian terhadap prestasi anaknya di sekolah. Ini dapt dilihat dimana Asiah lebih mementingkan bunga-bunga orkidnya yang baru tumbuh dan tidak menunjukkan apa-apa reaksi terhadap keputusan sekolah anaknya yang hambar. Ini merupakan suatu perbuatan yang tidak bertanggungjwab sebagai seorang ibu. Bukti ada pada perenggan 10," Marilah kejap," seru Asiah dengan nada suara yang menggambarkan keriangan hati." Bukti ini menunjukkan bahawa dia tidak sedikit pun terjejas oleh keputusan anaknya.

Akhirnya, Jamal mula sedar akan kepentingan pelajaran bagi anak-anaknya dan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Ini membuatnya rasa kesal dan kecewa akan perlakuannya. Bukti ada pada perenggan 20," Tapi pagi ini cakap-cakap begitu sudah tidak enak di telinganya. Tiba-tiba sahaja dia ternampak akan markah yang merah di buku rekod anaknya tadi. Dia kecewa dan kesal sekali." Ini menunjukkan bahawa dia mula sedar akan silap sebelumnya.

Ini merupakan jawapan saya. Harap ia memuaskan dan bermanfaat kepada semua pembaca.
Teriam Kasih