Monday, April 12, 2010

Lorong Engku Aman

3) Apakah tema sajak "Lorong Engku Aman"

Sajak Lorong Engku Aman ditulis oleh Mansuri S.N. Sajak ini bertemakan perubahan kepada sesuatu tempat dan masyarakat ke arah pemodenan dan pembahawan semasa berbanding dahulu.

b) Terangkan perubahan yang berlaku pada Lorong Engku Aman.

Di dalam sajak ini, terdapat beberapa perubahan ketara yang berlaku. Perubahan ini merupakan perubahan cara kita hidup pada masa kini. Ini termasuk bangunan-bangunan tinggi yang telah dibina, orang-orang yang tidak lagi menternak haiwan, keluarga-keluarga yang semakin kecil, tetangga yang jarang bersapa lagi dan adat budaya kita yang mula pudar.

c) Huraikan perkara-perkara yang menjadikan keprihatinan penyajak semenjakm kau menerima kemajuan.

Semenjak 'Kau menerima kemajuan', banyak perkara yang te;ah berlaku yang mendapat perhatian daripada penyajak. Antara perubahan yang berlaku adalah perubahan pada teknologi dan juga perubahan masyarakat sosial.

Penyajak amat prijatin tentang bangunan-bangunan pangsa ataupun pencakar langit yang telah didirikan di Lorong Engku Aman. Terdapat bukti pada rangkap 1 baris 3-4,
" Zaman-zaman mula segar
perumahan yang tinggi mencakar"
Baris-baris ini menunjukkan keprihatinan penulis terhadap bangunan-bangunan tinggi yang dibina di lorong tersebut.

Penyajak juga memperlihatkan trend keluarga kini yang semakin kecil. Hal ini mengetengahkan polisi kerajaan lalu dimana 'dua sudah cukup' yang telah mengecilkan saiz keluarga-keluarga pada zaman sekarang. Bukti ada pada rangka 2, baris 3-4,
"Anak rangcangan keluarga
Dua cukup sempurna"
Bukti ini menunjukkan keprihatinan yang diketengahkan oleh penyajak.

Penyajak juga menyentuh soal masyarakat kini yang terlalu sibuk dengan urusan dan kerjaya mereka sehingga tidak bertanya sapa dengan tetangga masing-masing. Penyajak cukup prihatin dengan hal ini kerana jika hal ini berterusan, adat bergotong-royong dan kejiranan akan hilang dalam masyarakat kita. Bukti ada pada rangkap 3,
" Bicara tak bersuara
Bertemu cukup angguk
Semua dinamis semua sibuk
Urusan ya urusan negara"

Bukti ini menunjukan keprihatinan masyarakat kini yang lebih mementingkan urusan mereka sehingga tidak bersapa dengan jiran tetangga mereka sendiri.

Akhirnya, penyajak amat prihatin dengan adat dan budaya yang semakin pudar akibat pemodenan dan kemajuan dunia sekarang di mana budaya dan adat lama dikatakan tiada tempat di dunia ini lagi. Penyajak agak prihatin kerana adat dan budaya memang penting untuk menonjolkan keunikan sesebuah masyarakat. Hal ini terdapat di rangkap 4,
"Hidup jadi padat
Buang yang mengikut
Adat yang menjerat
di sini tak mendapat tempat"

Bukti ini menunjukkkan budaya kini yang semakin pudar dan tidak lagi penting dalam dunia sekarang.

Natijahnya, penyajak memang prihatin dengan perkara-perkara yang telah berubah. Daripada sajak ini, terdapat banyak keresahan dan kebimbingan dari penyajak.