Tuesday, January 27, 2009

Pantun Teka-teki

Pada hari Khamis yang lalu, Cikgu Sazali memberi tugasan rumah yang harus dilakukan semasa cuti hari tahun baru cina ini. Harap maafkan jikalau ia merepek.. Haha

1) Pergi ke kedai membeli gula,
Gula dibeli hanya sekati;
Kalau tidak silap berteka,
Ayam jantan keris dikaki.

2) Cik abang mengikat sekuat hati,
Hendak ditolong tidak mahu;
Dilempar hidup, dipegang mati,
Itulah gasing yang saya tahu.

3) Kami datang dengan berhajat,
Kedatangan kami jangan diusir;
Dengarlah ini wahai sahabat,
Hanya buah pisang tumbuh bersisir.

4) Bila diisi semakin kembung,
Bila dilambung, terapung-apung;
Nafasku sesak tidak tertanggung,
Meniup belon sambil bercangkung.

5) Pergi menziarah adik Cik Puspa,
Menziarah dengan Encik Atan;
Adat lama jangan dilupa,
Bawalah buah tangan tanda ingatan.

6) Kuih koleh bertahi minyak,
Sambil makan bergoyang kaki;
Dua peha beranak banyak,
Itulah tangga yang kita daki.

Saya harap kalian semua terhibur dengan pantun saya. Harap-harap ia boleh diperbaiki. Terima kasih. Sekian, wassalam

No comments:

Post a Comment